Ambil 6 bulan kuasai kemahiran

Harian Metro - - Nuansa -

Tidak pernah lekang dengan senyuman, Wak mengakui tak pernah bosan dengan kerjayanya ini yang sudah memberi pulangan rezeki sejak sekian lama untuk membesarkan sembilan anaknya.

Wak berkata, dia bertukar-tukar pekerjaan lebih lapan kali sebelum belajar membaiki kasut di Johor Bahru.

“Pelbagai pekerjaan saya sudah lakukan seperti operator kilang, nelayan dan buruh binaan tetapi tiada satu pun yang kekal.

“Kebetulan rakan saya mempunyai kedai membaiki kasut dan memerlukan pembantu. Jadi saya mengambil keputusan berhijrah dari Melaka ke Johor Bahru bagi membantunya,” kata anak kelahiran Melaka ini.

Meskipun tidak memiliki kemahiran asas membaiki kasut, Wak tidak cepat melatah dan sanggup

Berkat kesabaran, hasil rezeki membaiki kasut di pondok inilah yang saya gunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga sehingga hari ini

belajar sambil bekerja sehingga mahir.

“Saya akui bukan perkara mudah untuk membaiki kasut. Hanya orang yang sabar, teliti dan kreatif saja mampu bertahan lama dalam bidang pekerjaan ini.

“Hampir enam bulan juga masa yang diperlukan untuk betul-betul mahir namun saya bekerja hanya tiga tahun sebelum mengambil keputusan bekerja di kilang FELDA

SIKAP peramah dan sentiasa

tersenyum menyebabkan Wak sentiasa

disenangi pelanggannya.

PERALATAN asas yang digunakan

untuk membaiki

kasut.

WAK turut mengambil upah menjahit kasut kanakkanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.