Dr teh

Harian Metro - - GEN.Y -

subjek Sains dan bercitacita menjadi saintis. Minatnya terus dirangsang apabila belajar matematik yang disifatkan boleh merungkaikan pelbagai masalah hidup.

“Perkara itu mendorong saya untuk menjadi lebih kreatif dan mencabar diri sendiri dalam mencari penyelesaian bagi apa juga masalah. Sains membuatkan saya rasa gembira dan berupaya. Saya rasa puas apabila dapat menggunakan sains untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

“Sains bukan hanya untuk orang pandai. Jangan takut dengan cerita mengenai sains yang tiada bukti kesahihannya. Sains membuka banyak pintu kepada peluang kerjaya dalam pelbagai bidang. Apa yang penting kita perlu menerokanya,” katanya.

Kini dalam tahun ke-12, anugerah tahunan L’Oreal-UNESCO For Women in Science Fellowship dihasilkan untuk mengiktiraf dan memaparkan sumbangan saintis wanita.

Selain memberi penghormatan kepada kecemerlangan saintifik, L’OrÈal Foundation dan rakan kongsinya berharap untuk meningkatkan kesedaran dan minat dalam sains dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan L’OrÈal Malaysia Malek Bekdache berkata, tahun ini, anugerah L’OrÈalUNESCO For Women in Science Fellowship mempunyai jumlah penyertaan paling tinggi dengan peningkatan sebanyak 66 peratus berbanding tahun lalu.

“Sambutan yang baik bagi anugerah saintifik ini memberikan harapan bahawa minat pada sains dalam kalangan wanita generasi sekarang semakin meningkat.

“Tahniah kepada University of Nottingham Malaysia kerana tampil sebagai universiti swasta pertama memenangi anugerah ini. Anugerah yang menjadi rebutan ramai ini terbuka bagi semua pengkaji atau saintis wanita Malaysia di bawah usia 40 tahun, yang memegang ijazah doktor falsafah atau sedang menjalani pembelajaran kajian dalam mana-mana bidang saintifik,” ujarnya.

Setiap penyertaan dipertimbangkan berdasarkan set kriteria yang komprehensif, termasuklah kepentingan projek daripada segi sumbangan nilai dan merit, keaslian dan tujuan, sumbangan kepada sains, metodologi, pencapaian akademik dan kualiti projek secara keseluruhan.

Kata Bekdache, pihaknya berharap anugerah ini dapat menggiatkan lagi tugas penting pengkaji wanita dalam membangunkan masyarakat, serta meningkatkan minat dalam sains dalam kalangan generasi pembangun negara yang seterusnya.

Sains membuatkan saya rasa gembira dan berupaya.

Saya rasa puas apabila dapat menggunakan sains untuk memberi manfaat kepada masyarakat DR Jasy manfaatkan media sosial untuk mengesan masalah kemurungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.