Lagu makin ‘berhantu’, perangai pun sama naik

Harian Metro - - GEN.Y -

Satu persatu cerita kurang menarik yang SS dengar mengenai penyanyi lelaki popular ini.

Semakin ‘berhantu’ lagunya, semakin menakutkan juga kisah hidupnya.

Terbaru, SS ada dengar cerita bahawa penyanyi ini sedang hangat bercinta dengan model lelaki.

Lebih parah, penyanyi dan model yang muncul daripada satu program pencarian model itu kini tinggal serumah.

SS pun tak pasti sejauh mana kebenarannya dan kerana itu, SS tidak mahu memetik nama manamana artis.

Mungkin juga mereka sekadar berkawan rapat dan tinggal serumah. Jadi, kita hanya mampu berfikir secara positif dan tidak berfikir yang bukan-bukan.

SS: Kalau pasangan lelaki dan perempuan, mesti sudah dilabel bersekedudukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.