2 PEKERJA LOMBONG MATI BERLIPAT

Harian Metro - - Tengah - Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Pekerja tekan suis mesin basuh batu di tapak lombong sebelum dua rakan sempat keluar

Mengerikan! Demikian keadaan dua pekerja lombong warga asing yang ditemui dalam keadaan berlipat selepas tersepit dalam mesin basuh batu di tapak lombong bijih besi di Aring di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 11.25 pagi, warga Bangladesh, Mohamad Younus Ali, 38, dan warga Pakistan, Saleem Shah, 29, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, dua mangsa itu dipercayai membaiki bilah palong cuci batu sebelum diarahkan keluar.

“Belum sempat mangsa keluar, pekerja lain membuka suis mesin mengakibatkan mangsa tersepit dan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Usaha mengesan pekerja warga Pakistan yang dipercayai membuka suis mesin itu dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya.

KEADAAN mayat yang tersepit dalam mesin basuh batu. Gambar kecil, anggota polis memeriksa lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.