Harian Metro

DITUDUH TIPU DUIT PELANGGAN

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Perancang perkahwina­n sekali lagi didakwa perdaya wang RM8,500

Johor Bahru

Pemilik syarikat perancang perkahwina­n Zurin Jundi yang pernah didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Oktober lalu, selepas didakwa menipu pelanggann­ya dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memperdaya seorang pelanggan membabitka­n RM8,500,

Mei lalu.

Bagaimanap­un, Zurina Ahmad Jundin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memperdaya­kan Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahka­n wang tunai RM8,500 sebagai bayaran deposit bagi kos upah pakej perkahwina­nnya yang berlangsun­g pada 16 September lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Zurin Jundi Wedding Planner, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, bermula 22 Mac hingga 13 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember ini bagi sebutan semula untuk serahan dokumen.

Pada 30 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan lebih 100 pengantin dan bakal pengantin mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat dengan anggaran kerugian keseluruha­n RM500,000.

Berpuluh mangsa yang didakwa ditipu menyerbu syarikat Zurin Jundi sehingga tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwina­n itu menyediaka­n sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwina­n.

Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwina­n itu memulangka­n semula duit yang dibayar antara RM2,000 hingga RM10,000.

Pada 5 September lalu, peguam Zurin Jundi tampil memohon maaf dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada pelanggan yang mendapat perkhidmat­an kurang memuaskan.

 ??  ?? ZURINA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu pelanggan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
ZURINA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu pelanggan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia