Tiada tanda sakit

Harian Metro - - Setempat -

Pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha, 65, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 9, di sini, jam 12.40 tengah hari, semalam.

Adiknya, Muhammad Aziph, 50, berkata, abangnya berada dalam keadaan sihat serta ceria sejak pagi semalam dan tidak menunjukkan tanda kesihatannya merosot.

“Selepas kembali sihat daripada komplikasi jantung pada November tahun lalu, arwah memang sihat dan ceria.

“Selera makan juga kembali seperti biasa dan pagi tadi (semalam) pun, dia masih boleh bersembang dengan anaknya dan beritahu dia nak makan.

“Pemergiannya sangat mudah dan dalam keadaan tidur namun menjadi kejutan besar bagi kami sekeluarga,” katanya.

Aziph berkata, dia dihubungi anak arwah, Alya Iman, 17, memaklumkan arwah tidak sedarkan diri.

“Apabila tiba di sana, Iman memaklumkan arwah baring sekejap ketika dia mandi tengah hari tadi (semalam). Namun, apabila dikejut, Azmil tidak lagi bernafas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.