1.5 juta tonton persembahan Syamel di YouTube

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Video persembahan lagu Aku Cinta nyanyian Ernie Zakri dan Syamel pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) Ahad lalu mencatat sejarah tersendiri apabila ditonton lebih 1.5 juta di YouTube sejak dimuat naik dua hari lalu.

Ernie, 26, berkata, dia terharu dan seronok apabila persembahan mereka ditonton berulang kali.

“Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, saya dan Syamel cuba berikan persembahan terbaik pada AJL. Kami tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi, cuma apa yang penting persembahan kami boleh diingati.

“Alhamdulillah, selepas AJL pun masih banyak yang memperkatakan mengenai persembahan ini. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan maklum balas positif. Saya anggap ini satu tanggung jawab untuk berikan yang lebih bagus selepas ini,” katanya kepada Harian Metro.

Padual vokal mantap Ernie dan Syamel melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu.

Ernie yang juga juara pertandingan Bintang RTM 2009 meluahkan rasa terharu apabila persembahannya bersama Syamel mendapat pujian beberapa penyanyi senior.

Antaranya, penyanyi Misha Omar yang menyifatkan Ernie dan Syamel terlalu bagus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.