Bekas ahli Innuendo tampil beri keterangan

Harian Metro - - Setempat -

Pot, bekas ahli kumpulan Innuendo, hadir di Balai Polis Mutiara Damansara, dekat sini, jam 10.30 pagi semalam, bagi memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sebelum ini.

Pot atau nama sebenarnya Saiful Amir Abd Wahab hadir bersama empat peguamnya berikutan dipanggil pihak polis sejak Sabtu lalu.

Peguam yang mewakilinya, Mohamad Ashmeer Asroff Raja berkata, tujuan kehadiran mereka ke balai berkenaan adalah untuk memberi keterangan.

“Pot Amir sudah memberikan keterangan kepada polis berhubung laporan dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

“Buat masa ini tiada tindakan susulan daripada pihak polis dan sekiranya dipanggil semula kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Seorang lagi peguam yang mewakili Pot Mohammad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, nama Pot tiada dalam senarai individu yang dilaporkan oleh Farid sebelum ini.

FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.