Teliti garis panduan langkah keselamatan

Harian Metro - - Setempat -

Bangi: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Kementerian Sumber Manusia sedang menyediakan dan meneliti draf pelan garis panduan keselamatan khusus bagi kerja memesin rumput.

Draf pelan berkenaan mencakupi panduan dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan aktiviti memotong dan memesin rumput.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohtar Musri berkata, pelan berkenaan kini dalam proses perbincangan bersama pemain industri sebelum diterbitkan sekitar bulan depan.

Beliau yang mengulas nahas ngeri di sebuah sekolah berkata, menerusi pelan garis panduan keselamatan itu, ia dapat meningkatkan aspek keselamatan kepada pekerja, orang awam dan lokasi kerja berkenaan.

“Aktiviti memotong rumput ini sukar untuk dikawal kerana ia dilakukan di mana-mana saja. Malah kerap berlaku kemalangan, kecederaan dan kerosakan harta akibat terdapat objek yang melayang ketika memesin rumput.

“Oleh itu, garis panduan keselamatan khusus perlu diwujudkan bagi memastikan kemalangan daripada aktiviti itu dapat dielakkan dan memastikan pekerja, orang awam dan kawasan berkenaan selamat.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Taklimat Pelan Peralihan Strategik Manual Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA) Edisi Ketiga di Hotel Bangi-Putrajaya, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.