Jawatankuasa khas siasat kejadian

Harian Metro - - Setempat -

Gemas: Faktor kecuaian antara diteliti jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman meninggal dunia selepas terkena bilah pisau daripada traktor mesin rumput, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pkharuddin Ghazali berkata, siasatan awal mendapati pihak sekolah sudah memaklumkan kontraktor pembersihan terbabit mengenai aktiviti raptai pelajar di padang sekolah berkenaan.

Menurutnya, dua hari sebelum kejadian, kontraktor berkenaan menjalankan kerja menebang pokok di padang sekolah itu sebelum meneruskan kerja memotong rumput pada hari kejadian.

“Guru yang menguruskan aktiviti raptai pelajar sempena hari sukan sekolah terlebih dulu memaklumkan kepada kontraktor mengenai aktiviti raptai yang akan bermula pada jam 9.30 pagi.

“Namun, kontraktor memberitahu kerja pemotongan rumput dijalankan pada jarak jauh daripada pelajar iaitu 50 meter sebelum mereka meneruskan kerja sehinggalah insiden itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekolah berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.