Peserta WUF9 lawat BBCC

Harian Metro - - Setempat -

Lumpur: UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi Projek Mega Bukit Bintang City Centre (BBCC) menerima kunjungan peserta World Urban Forum 9 (WUF9) di Galeri BBCC, Jalan Hang Tuah, di sini, baru-baru ini.

Kunjungan yang berlangsung selama dua hari itu bermula dengan rombongan pertama pada Sabtu lalu yang disertai lebih 80 wakil dari beberapa negara antaranya Peru, Indonesia, New Zealand, Mali dan Iran.

Turut hadir, delegasi dari Belgium terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri, Kare Stomark dan Timbalan Ketua Kabinet, Thomas Allegaert.

Lawatan yang diberi nama Kunjungan Teknikal itu adalah sebahagian pengisian WUF9, selain pelbagai program lain yang diketengahkan antaranya dialog, perjumpaan meja bulat dan membina rangkaian.

BBCC dipilih sebagai Kunjungan Teknikal Laluan Empat yang memfokuskan pada pembangunan semula di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.