Dokumentasi hartanah wakaf

Harian Metro - - Setempat -

Bagan Datuk: Umat Islam yang ingin mewakafkan hartanah masing-masing, diminta melakukan dokumentasi supaya tidak mencetuskan perkara berbangkit pada masa akan datang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini banyak tanah wakaf bernilai berbilion ringgit, tidak dapat dibangunkan berikutan berlaku tuntutan daripada waris pewakaf kerana tiada dokumentasi.

“Ketika saya menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menjaga hal ehwal Islam, nilai pasaran tanah wakaf pada 2009 adalah RM9 bilion dan sekarang meningkat lebih 30 hingga 50 peratus.

“Tanah wakaf ini tidak dapat dibangunkan kerana hanya berdasarkan niat dan tiada dokumentasi sehingga berlaku tuntutan oleh waris pewakaf,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama masyarakat setempat di kedai kopi depan Masjid Ubudiah, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata kerajaan mahu isu tanah wakaf itu diselesaikan kerana mahu umat Islam mendapat manfaat daripada hasrat pewakaf.

DR Ahmad Zahid ketika majlis minum petang bersama masyarakat setempat di kedai kopi depan Masjid Ubudiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.