Pemergian Azmil kehilangan besar

Harian Metro - - Setempat -

Pemergian Azmil Mustapha adalah kehilangan besar dan dirasai seluruh industri perfileman negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana

Menteri berkata, bakat ditonjolkan anak seni yang terkenal dengan jolokan ‘Ali Setan’ ketika membintangi filem pada 1985 itu, masih segar dalam ingatan segenap rakyat Malaysia.

“Filem ‘Mekanik’, ‘Ali Setan’ lakonan arwah Azmil tidak jemu-jemu kita tonton hingga kini.

“Pemergian beliau kehilangan besar dan dirasai industri perfileman negara. Takziah buat seluruh ahli keluarga.

“Semoga dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasminya, @Zahid_Hamidi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.