27 sudah dipanggil

Harian Metro - - Setempat -

 Beri keterangan berhubung kes kerugian babitkan RM31.5 billion dialami BNM

memberi fokus kepada empat cabang utama siasatan polis terhadap kes berkenaan termasuk kemungkinan terdapat elemen fakta dan bukti yang ‘menyembunyikan’ kerugian sebenar dialami BNM sepanjang tempoh berkenaan.

“Kami juga menyiasat sama ada wujud kenyataan mengelirukan dibuat kepada Kabinet, parlimen serta awam mengenai jumlah sebenar kerugian dialami dengan niat mempengaruhi untuk meluluskan akaun tahunan institusi kewangan itu di parlimen digazetkan.

“Pada masa yang sama, kami menyiasat sekiranya ada pihak yang berkepentingan dengan sengaja menyembunyikan kerugian sebenar dialami.

“Kami juga menyiasat sama ada pertukaran hak milik dan penjualan saham Tenaga Nasional Berhad (TNM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysian Airlines System Berhad (MAS) dan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) milik Kementerian Kewangan yang dilaksanakan secara ‘senyap’ kepada BNM pada 1993 bagi menyerap sebahagian kerugian dialami dalam urus niaga mata wang asing dibuat dengan tujuan menyembunyikan kerugian dinyatakan untuk mengimbani penyata baki,” katanya.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan dengan memanggil pihak yang berkaitan dalam usaha melengkapkan laporan siasatan dalam masa terdekat.

“Sebaik siasatan polis selesai, laporan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis akan memastikan siasatan dijalankan secara profesional dan adil mengikut undang-undang ditetapkan,” katanya.

Pada 15 Julai tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan.

Suruhanjaya terbabit bersidang selama 10 hari antara 21 Ogos hingga 21 September tahun lalu.

Berdasarkan persidangan itu, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail yang juga Setiausaha RCI membuat laporan polis pada 30 November tahun lalu memaklumkan terdapat unsur pecah amanah, penipuan dan kesalahan lain yang mungkin dilakukan oleh pihak terbabit dengan urus niaga mata wang asing berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.