Denda RM4,000 cabul dalam bas

Harian Metro - - Rangkuman -

Johor Bahru: Padah mencabul kehormatan wanita di dalam bas ekspres, seorang lelaki warga Pakistan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Haris Mohamad Moin, 25, selepas warga asing itu mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Tertuduh turut diperintah menjalani penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan seorang wanita tempatan berusia 23 tahun dalam sebuah bas ekspres di hadapan pusat beli-belah di Tampoi, di sini, kira-kira jam 7 pagi, 8 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh yang bekerja sebagai tukang paip didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan sebelum dijatuhi hukuman, tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan dengan pendapatan RM930 sebulan, dia menanggung empat adiknya yang masih bersekolah di

Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.