Dijel tiga bulan sertai Geng 08

Harian Metro - - Rangkuman -

Petaling Jaya: Seorang bapa dua anak dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menganggotai kongsi gelap Geng 08, minggu lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap R Gunaseelan, 23, pengutip barang lusuh, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nor Ariffin berkata, kes membabitkan kongsi gelap semakin berleluasa sejak kebelakangan ini dan sering kali dibahas di media massa dan media sosial.

“Aktiviti yang dilakukan geng kongsi gelap ini mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat awam dan mahkamah memandang serius kes berkaitan kongsi gelap ini.

“Diharap hukuman ini dapat memberi mesej bahawa menganggotai geng kongsi gelap adalah salah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.