Jaga tak mengaku khianat rakan

Harian Metro - - Tengah -

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan melakukan khianat dan mendatangkan kecederaan terhadap rakan sekerjanya, bulan lalu.

Tertuduh, Fazil Ramli, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan khianat terhadap

Janwira Zainuddin, 23, dengan membaling sudu makan sehingga menyebabkan skrin telefon bimbit mangsa pecah dan menghempas topi keledar hingga cermin penutup pecah.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di JPS Benteng B10, Taman Pusat Kepong di sini pada jam 8.30 pagi, 23 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.