Markas ‘bom jangka’

Harian Metro - - Tengah - Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Sindiket sorok LPG RM32,410 diserbu KPDNKK

Tidak ubah seperti ‘bom jangka’ apabila sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dikesan menjalankan kegiatan memindahkan gas itu secara haram di sebuah premis di sini.

Kegiatan yang boleh mengundang kebakaran dan letupan itu bagaimanapun berjaya dibongkar Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hasil serbuan di sebuah stor di kawasan Perindustrian USJ 1, dekat sini, jam 2.30 petang semalam.

Dalam operasi itu pihak KPDNKK mengesan kegiatan memindahkan gas LPG subsidi ke dalam tong gas industri secara haram.

Difahamkan suspek yang juga pembekal mempunyai lesen sah itu akan menjual tong gas industri dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran selepas ‘mencuri’ gas bersubsidi.

Bagaimanapun, selepas melakukan risikan lebih sebulan lalu, Penguatkuasa KPDNKK menyerbu stor berkenaan kira-kira jam 2.30 petang kelmarin sebelum menemui 40 tong gas industri yang siap untuk dipasarkan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya Khairi Jamaludin berkata, ketika serbuan dijalankan di stor berkenaan, beberapa pekerja melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota

KPDNKK.

“Kami menyerbu sebuah stor yang dijadikan tempat untuk memindahkan gas dari tong bersubsidi berkapasiti 14 kilogram (kg) ke tong industri berkapasiti 50kg. Berdasarkan pemeriksaan kami menemui 40 tong industri yang berisi gas.

“Manakala 143 tong subsidi ditemui dengan ada di antaranya yang kosong dan

dan

pegawai masih berisi. Kami turut menemui 20 unit hos yang digunakan untuk memindahkan gas,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM32,410.

“LPG industri dijual pada kadar RM180 hingga RM205, bagaimanapun, pembekal ini menjual gas berkenaan di bawah harga RM180 dan memperolehi keuntungan daripada gas subsidi yang dicuri,” katanya.

TONG gas LPG yang dirampas KPDNKK dalam serbuan di sebuah stor di Kawasan Perindustrian USJ 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.