Raja Teh Maimunah Ikon Wanita Malaysia 2017

Harian Metro - - Bisnes -

Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank yang juga Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan AmBank Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz dinobatkan sebagai Ikon Wanita Malaysia 2017, baru-baru ini.

AmBank berkata, anugerah itu diberikan pada acara Anugerah dan Persidangan Ikon Wanita pada 20 Januari lalu.

Menurut bank itu, Raja Teh Maimunah mempunyai 23 tahun pengalaman dalam sektor perbankan dan kewangan bertumpu kepada perbankan pelaburan dan Islamik.

Katanya, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari University of East London, United Kingdom dan memegang sarjana muda undang-undang dengan kepujian universiti sama.

“Beliau adalah Penasihat Perbankan dan Kewangan Islam kepada Yayasan Forum Ekonomi Dunia Islam, ahli Lembaga Pengarah Institut Perbankan serta Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Jawatankuasa Kewangan Islam bagi Institut Akauntan Malaysia,” katanya.

Anugerah dan Persidangan Ikon Wanita itu dianjurkan Business Excellence & Research Group Pte Ltd (BERG) berpangkalan di Singapura.

Penganjuran itu bagi meraikan kejayaan dan pencapaian wanita berjaya dalam pelbagai bidang.

RAJA Teh Maimunah (kiri) menerima anugerah Ikon Wanita Malaysia pada satu majlis bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.