Wanita amal ilmu hitam nafi bunuh kekasih Robin Hood rompak klinik

Harian Metro - - Global - Agensi

Moscow: Seorang wanita di di bandar Oryol, barat Russia, yang memotong mayat kekasihnya selepas lelaki itu mati, menafikan melakukan perbuatan itu kerana mengamalkan ilmu hitam.

Anastasia Onegina, 21, dituduh membunuh kekasihnya, bekas polis dan juga tentera Dmitry Sinkevich, 24, yang bekerja sebagai pelayan bar, minggu ini.

Wanita itu bagaimanapun, menafikan membunuh lelaki berkenaan sebaliknya mendakwa mendapati kekasihnya itu sudah mati ketika ditemuinya.

Menurutnya, dia memotong mayat mangsa bagi menghapuskan mayat berkenaan kerana bimbang dituduh pembunuh.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media Russia, polis tidak menolak teori kemungkinan mangsa mati akibat aktiviti seks ganas.

Jiran mereka mendakwa pasangan itu meminati ilmu hitam dan kegiatan alternatif seksual.

Malah, media sosial mangsa dipenuhi imej memuja syaitan.

Selain itu mereka juga mengadu pasangan itu membuat bising kerana sering menganjurkan parti liar.

Mayat Sinkevich yang dipotong-potong, ditemui kakak Anastasia yang datang ke rumah mereka, lalu menghubungi polis.

Ujian forensik dilakukan bagi mengetahui bagaimana lelaki yang bekerja sebagai pelayan bar itu mati.

Menurut pegawai penyiasat, detektif Nikolay Panasyuk, selepas ditahan, Anastasia memberi bukti menegaskan dia tidak membunuh lelaki itu. Agensi

Seorang ketua sindiket pengedar dadah di Brazil digelar Robin Hood moden apabila merompak vaksin dari sebuah klinik dan menculik dua jururawat untuk menyuntik vaksin kepada penduduk miskin di Rio de Janeiro.

Thomaz Vieira Gomes yang dikenali sebagai 2N adalah antara penjenayah paling dikehendaki tetapi dia mengambil tindakan itu selepas melihat ramai penduduk miskin tidak mampu mendapatkan vaksin demam kuning yang menular di Brazil.

Selama beberapa bulan, Brazil bergelut dengan wabak demam kuning yang kini menyebabkan berpuluh-puluh penduduk maut.

Usaha kerajaan menyuntik vaksin kepada jutaan penduduknya untuk membendung wabak itu berjalan perlahan kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai dan seperti biasa golongan miskin dipinggirkan.

2N yang berasal dari Salgueiro, antara wilayah paling miskin di Rio de Janeiro kecewa dengan situasi itu dan akhirnya mengambil tindakan sendiri untuk membantu penduduk di daerah itu.

Pada 27 Januari lalu, 2N bersama beberapa pengikutnya menyerbu sebuah klinik kerajaan dan mengambil sebanyak mana bekalan vaksin yang ditemui dan menculik dua jururawat lelaki yang bertugas.

Mereka kemudiannya membawa jururawat itu ke Salgueiro dan menyuntik vaksin berkenaan kepada penduduk di situ.

Jururawat berkenaan dalam laporan mereka memberitahu, 2N dan anggota kumpulannya tidak bertindak ganas dan mereka melakukan

 Beri vaksin demam kuning kepada penduduk miskin

tindakan itu kerana ramai penduduk di daerah berkenaan tidak diberi suntikan vaksin.

Selepas ‘tugas’ mereka selesai, jururawat berkenaan dihantar pulang ke klinik.

Berita mengenai penculikan itu turut tular di media sosial di Brazil dan ramai pengguna memuji tindakannya yang dianggap seperti Robin Hood moden.

Malah, bekas menteri alam sekitar Brazil turut menulis komen mengenai berita itu dengan memberitahu 2N masih seorang penjenayah tetapi tindakannya itu satu khidmat sosial.

Pihak berkuasa Brazil menawarkan ganjaran AS$3,000 (RM11,754) kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga 2N berjaya ditangkap.

THOMAZ Vieira Gomes atau dikenali sebagai

2N. - Agensi

DMITRY Sinkevich

ANASTASIA Onegina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.