Sedia berdepan tekanan

Harian Metro - - Arena - Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Sepang: Tekanan harus ada.

Itu kata pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia bakal menggalas tugas besar dalam pasukan SIC Racing selepas mengisi tempat dikosongkan Hafizh Syahrin Abdullah yang akan menyertai kelas perdana Kejuaraan Motosikal Dunia, MotoGP musim ini.

Pasukan SIC Racing yang bakal beraksi buat kali pertamanya musim ini diisi dengan barisan kru berpengalaman termasuk jurutera yang pernah menaikkan nama pelumba seperti Takaaki Nakagami dan Jonas Folger Fausto Bencivenni.

Malah, mekanik Hafizh, Habibtullah Mohd Fuad yang sudah berpengalaman luas dalam kancah Moto2 turut berada bersama pasukan.

Justeru, dengan barisan kru dan jentera terbaik, pastinya Zulfahmi bakal berdepan tekanan untuk mencetuskan keputusan positif seperti mana dilakukan Hafizh

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.