Kejutan Berita Harian PBMM anjur kejohanan veteran

Harian Metro - - Arena - Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my Akmal Ammar sukan@hmetro.com.my

 Pasukan diketuai Saufi kumpul 1,715 jatuhan pin raih hadiah RM1,000

Seramai 70 peserta terbabit dalam Pertandingan Bowling Silaturahim Antara Pengurusan, Ahli Majlis dan Media Massa anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid baru-baru ini.

Pertandingan bertujuan untuk memperkasakan hubungan di antara pengurusan tertinggi MBSA dan media yang menjadi pengantara kepada masyarakat khususnya warga Shah Alam, banyak membantu meningkatkan imej agensi itu menerusi laporan berkaitan aktiviti dan program yang dijalankan.

Pada pertandingan itu, pasukan Berita Harian diketuai Pengarang Berita, Mohd Saufi Hamzah muncul juara apabila mengumpul 1,715 jatuhan pin sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

Pasukan 9 Pengurusan dan Ahli Majlis MBSA pula menduduki tempat kedua dengan 1,592 dan menerima wang tunai RM500 serta piala manakala Pasukan 8 Pengurusan dan Ahli Majlis MBSA menduduki tempat ketiga (1,546 jatuhan pin) untuk membawa pulang eang tunai RM300 serta piala.

Orang Besar Daerah Petaling merangkap Ahli Majlis MBSA, Datuk Emran Kadir memenangi kategori jatuhan pin tertinggi lelaki dengan 508 manakala Khairul Adila Jamaluddin dari Jabatan Kewangan MBSA memenangi kategori wanita dengan 441 jatuhan pin.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Emran sendiri.

Turut memeriahkan pertandingan, Ahli-Ahli Majlis MBSA yang diketuai Tan Ah Kow merangkap pengerusi MPP Zon 12, Tengku Ahmad Tengku Kasim, Pengerusi MPP Zon 19 dan Harri Mohamad Hassan, Pengerusi MPP Zon 23. Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mengambil langkah proaktif dalam misinya untuk merakyatkan bola sepak dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat 2018 yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Februari ini.

Kejohanan di Kompleks Sukan Penjara Kajang, Selangor itu akan turut menyaksikan penampilan tiga pasukan veteran luar negara iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura selain disertai Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Jabatan Penjara Malaysia serta tuan rumah, PBMM.

Pengerusi Pertandingan Veteran PBMM, Mohd Zamri Mazleh berkata, selain piala pusingan, kejohanan itu turut menawarkan hadiah hampir RM10,000 buat juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bersama.

“Syarat had umur penyertaan pemain ialah 45 tahun ke atas dengan tempoh perlawanan ialah 30 minit (15 minit setiap separuh masa),” katanya yang juga Ahli Majlis PBMM.

(gambar)

PESERTA bergambar kenangan bersama hadiah dimenangi selepas majlis penyampaian hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.