Balasaravanan muncul ‘wira’ Kampar Rangers

Harian Metro - - Arena - Ravale Savarinathan sukan@nstp.com.my

Kampar: Pasukan Veteran Kampar Rangers beraksi cemerlang untuk menewaskan London FC Veteran dari England 3-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Kampar, baru-baru ini.

A Balasaravanan muncul wira pasukan Veteran Kampar Rangers apabila mencipta hatrik manakala bekas penjaga gol Perak dan kebangsaan, Mohd Ali Jinnah yang mempamer aksi cemerlang, berjaya mengekang asakan barisan serangan London FC.

Kampar Rangers yang dibarisi dua lagi bekas pemain Perak dan kebangsaan iaitu P Ravindran dan A Elangovan, mempamer kelincahan masing-masing dan berjaya memukau lebih 300 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

London FC akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Malaysia dengan menentang pasukan Veteran Pulau Pinang di Georgetown sebelum pulang ke England.

PASUKAN Veteran Kampar Rangers dan London FC Veteran bergambar sebelum aksi perlawanan persahabatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.