Menarik tapi sukar

Harian Metro - - Arena - AFP

 Woods seronok lihat lapangan Riviera kerana susun aturnya yang cantik

T(gambar)

iger Woods suka banyak perkara mengenai Kelab Golf dan Country Riviera, tetapi tidak dengan rekodnya di lapangan berkenaan.

“Saya suka lapangan ini, saya suka susun aturnya, ia indah di mata saya tetapi saya bermain dengan teruk sekali,” kata Woods menjelang Terbuka Genesis yang akan bermula hari ini.

“Ia salah satu daripada perkara yang pelik.”

Sejarah antara Woods dan Riviera cukup lama. Dia memulakan Jelajah PGA pertamanya di Riviera ketika berusia 16 tahun pada 1992, bermain atas tiket jemputan penaja dan gagal melepasi kelayakan.

Kemudian dia merangkul 79 gelaran Jelajah Amerika Syarikat dan 14 kejuaraan utama, tetapi dalam 10 penampilan di Riviera, keputusan terbaiknya ialah di tempat kedua pada 1998, disusuli dengan terikat di kedudukan sama pada tahun berikutnya.

Ia satu-satunya kejohanan yang kerap disertai tetapi tidak pernah bergelar juara.

Kali terakhir di beraksi di kejohanan ini ialah pada 2006 dan dia mungkin terus tersisih dari Riviera jika tidak bergelar antara penganjur kejohanan tahun lalu.

Kepulangannya yang dijadualkan pada 2017 terbantut akibat kecederaan belakang yang berulang.

Setahun lalu, Woods berada dalam keadaan terlalu sakit sehingga tidak mampu duduk ketika sidang media menjelang kejohanan, apatah lagi untuk bersaing.

Bagaimanapun, dia kini bermain tanpa rasa sakit selepas menjalani pembedahan tulang belakang, April lalu.

“Saya terlalu ingin untuk menjuarai kejohanan,” kata pemain 42 tahun itu mengenai kepulangannya.

“Saya cuba untuk mengharungi proses itu, sampai ke titik itu.”

Terikat di tangga ke-23 di Terbuka Farmers Insurance tiga minggu lalu adalah permulaan yang baik walaupun Woods bergelut dengan pukulan tee di Torrey Pines.

Selepas kejohanan, Woods berkata, dia mengalami rasa sakit, bukan di belakangnya tetapi di kaki.

“Saya tidak biasa berjalan. Saya sudah biasa naik kart dan bermain 36 lubang. Ia sakit yang baik, cuma berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.