MAGIS HIGUAIN TAK BERKESAN

Harian Metro - - Arena - AFP

 Jaringan Kane, Eriksen padam hasrat Juve raih kemenangan

Turin

Harry Kane dan Christian Eriksen membantu Tottenham Hotspur bangkit mengikat Juventus 2-2 sekali gus memadamkan kehebatan Gonzalo Higuain yang seakan menjadikan perlawanan pertama kelompok 16 Liga Juara-Juara itu sebagai miliknya.

Higuain meletakkan Juventus - naib juara dua kali sepanjang tiga musim lalu - dua gol di depan dalam tempoh sembilan minit pertama di Stadium Allianz.

Rembatan padu penyerang Argentina itu selepas hanya 73 saat permainan bermula, disusuli dengan penalti untuk meletakkan skuad kendalian Mauricio Pochettino ketinggalan dua gol.

Tetapi, pemain berusia 30 tahun itu terlepas dua peluang keemasan menambah jaringan di babak pertama, apabila rembatannya terkena palang ketika sepakan penalti kedua sebelum rehat.

Kane merapatkan jurang dengan menewaskan penjaga gol veteran Gianluigi Buffon pada minit ke-35 dengan Eriksen menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma minit ke-70 untuk memberi kelebihan kepada tuan rumah pada aksi timbal balik di London bulan depan.

“Pasukan menunjukkan karektor sebenar untuk datang ke sini dan mencabar pasukan seperti Juventus,” kata Pochettinan no yang menyalahkan faktor pengalaman pasukannya apabila bermula hambar.

“Saya rasa kami tidak fokus dan amat sukar untuk menangani tujuh minit pertama. Saya gembira yang ia masih terbuka dan kami akan mengharungi perlawanan kedua di London.”

Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri melaungkan amaran yang mereka bersedia untuk memburu tempat ke suku akhir selepas melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam aksi Liga Juara-Juara kepada 23 perlawanan.

“Saya tidak rasa ada sebab untuk kecewa. Jika seseorang merasakan yang Juventus sepatutnya menang 4-0, mereka silap,” kata Allegri. “Tottenham mempamerkan permai- yang hebat dan bangkit.

“Selepas mendahului 2-0 kami berhenti bermain, tetapi sebahagiannya juga disebabkan persembahan Tottenham. Mereka sebuah pasukan yang amat fizikal dan teknikal.”

HIGUAIN gagal tambah jaringan menerusi sepakan penalti. ERIKSEN (kiri) meraikan jaringan penyamaan ke atas Juventus di Stadium Allianz, semalam. KANE (kanan) berjaya menewaskan penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.