Pengecut ugut hantar peluru

Harian Metro - - Setempat -

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan perbuatan menghantar peluru hidup dan nota berbaur ugutan kepada pegawai kanan suruhanjaya itu sebagai satu perbuatan pengecut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya memberi amaran tegas kepada individu yang cuba mengugut pegawai kanan SPRM terbabit.

“Saya mahu mereka yang terbabit menghentikan perbuatan itu kerana tindakan pengecut sedemikian tidak akan sama sekali melemahkan semangat pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.

“Perbuatan ugutan sedemikian hanya menyuntik lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.