Pasukan khas jejak suspek

Harian Metro - - Setempat -

Satu pasukan khas ditubuhkan polis Selangor bagi menjejaki individu yang mengirimkan bungkusan ugutan berisi peluru hidup kepada dua pegawai atasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kes ugutan terhadap dua pegawai

SPRM itu.

Menurutnya, laporan berkenaan dibuat secara berasingan oleh dua pegawai kanan SPRM Putrajaya terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, tengah hari kelmarin.

“Laporan dibuat selepas kedua-dua mereka menerima bungkusan mengandungi satu peluru hidup 9mm bersama perkataan ugutan bertulis Jaga Baik Lepas Ini.

“Pihak kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan kes berkenaan secara terperinci,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.