Raja Bomoh nak masuk gelanggang

Harian Metro - - Setempat -

Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh Malaysia mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Selain itu, Ibrahim mengesahkan terdapat 26 lagi ahli PSSGGM akan bertanding sebagai calon bebas di seluruh negara pada PRU14 nanti.

Menurutnya, dua calon akan bertanding di Perak membabitkan dirinya dan timbalannya, Leman Kanaullah, 55, yang bakal menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

“Ini bukan gimik untuk kami bertanding di kerusi yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Buat masa ini tiada niat untuk menarik diri apabila menjelang hari penamaan calon nanti dan kami tidak gentar untuk bertanding serta kemungkinan hilang wang pertaruhan,” katanya ketika sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Leman yang juga dikenali sebagai Badang Malaysia turut hadir dalam sidang media berkenaan.

Ibrahim berkata, kesediaannya bertanding dalam PRU14 bukan atas paksaan sesiapa tetapi adalah dari nalurinya sendiri yang ingin menabur bakti kepada rakyat terutama di Bagan Datuk iaitu tempat kelahirannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.