Tambah 26 penerbangan

Harian Metro - - Setempat -

Syarikat penerbangan Malindo Air menambah 26 penerbangan domestik, berikutan permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia yang ingin pulang mengundi bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Dalam satu kenyataan, Malindo Air memaklumkan penerbangan tambahan itu dibuat pada 8 hingga

10 Mei dan sah menerusi pembelian dalam talian, kaunter tiket Malindo Air serta ejen pelancongan di Malaysia.

Malindo Air sebelum ini juga mengumumkan pengecualian bayaran penalti untuk pembelian semula tiket dan penukaran tarikh bagi tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 10 April menerusi pusat panggilan serta pejabat tiket sempena PRU14.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan aktiviti dan promosi terkini

Malindo Air, pengguna mengunjungi laman sosial, https://twitter.com/malindoair, facebook.com/MalindoAir-Malaysia dan instagram.com/malindoair.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.