Siap sedia di 39 lokasi panas

Harian Metro - - Setempat -

Polis mengenal pasti 39 kawasan panas dan 35 lokasi pemantauan

di seluruh negeri bagi tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata, kawasan berkenaan ditentukan berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu yang mana berlaku kekecohan di beberapa lokasi hingga tercetus pergaduhan.

Menurutnya, lebih 2,000 anggota polis ditempatkan sepanjang tempoh penamaan calon dan berkempen manakala 6,000 pada hari mengundi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lokasi panas yang dikenal pasti terbabit.

“Walaupun ada kawasan panas tetapi tidak bermaksud polis kurang beri tumpuan pada kawasan lain kerana menjaga semua kawasan dengan ketat demi keselamatan awam,” katanya.

points)

(flash

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.