Elak emosi pengaruh pilihan

Harian Metro - - Setempat -

Jadilah pengundi yang bertanggungjawab. Itu ingatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Menurutnya, penjawat awam perlu membuat pilihan berdasarkan fakta dan tidak membenarkan emosi mempengaruhi pilihan mereka.

“Saya mengingatkan

1.6 juta penjawat awam supaya melaksanakan hak masing-masing secara bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh lari dari kenyataan untuk menghadapi PRU14,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2018 di sini, semalam.

Pada majlis itu, 1,812 penjawat awam pelbagai agensi di bawah JPM menerima APC masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.