Bukit Aman bantu jaga kelancaran di Muallim RM1 juta

Harian Metro - - Setempat - Hamzah Osman cnews@nstp.com.my

Slim River: Anggota Bukit Aman akan bersama membantu seramai 360 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menjaga keamanan dan kelancaran sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan. Ketua Polis Darah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, 10 anggota dari Bukit Aman serta beberapa sukarelawan akan membantu pihaknya sepanjang tempoh itu.

 MOTAC sedia kembalikan kutipan cukai kepada Kedah

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bersedia mengembalikan RM1 juta hasil kutipan cukai pelancongan pada tahun lalu kepada Kedah bagi pelaksanaan projek pelancongan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebahagian daripada wang yang dikembalikan itu akan disalurkan ke Langkawi untuk pelaksanaan pelbagai projek.

“Secara keseluruhannya, MOTAC mengutip RM56 juta cukai pelancongan daripada pengusaha hotel seluruh negara pada tahun lalu dan kutipan dari Kedah RM2 juta.

“Untuk itu, kita memutuskan mengembalikan sebahagian kutipan dengan agihan masing-masing RM500,000 kepada tanah besar Kedah dan Langkawi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.