Dr Hatta Ramli bertanding di Lumut

Harian Metro - - Setempat -

Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli akan bertanding mewakili pakatan pembangkang di Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang juga Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan dan bekas Bendahari Agung PAS antara 16 calon PAN yang diumumkan akan bertanding di Perak.

Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi yang mengumumkan perkara itu di Wisma PAN Perak di sini, semalam berkata, PAN Perak akan meletakkan calonnya di empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.