BN utamakan calon tempatan

Harian Metro - - Setempat -

Barisan Nasional (BN)

Selangor akan mengutamakan calon tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, calon yang bakal ditampilkan itu dilihat seimbang kerana mewakili semua golongan merangkumi pemuda, wanita dan profesional.

“Pada PRU13, kita ada tampilkan calon luar dan ini membuatkan ada yang tidak berpuas hati.

“Mungkin pemimpin setempat berasa sudah bekerja bersungguh-sungguh bantu masyarakat, namun akhirnya parti membawa calon luar.

“Kita yakin pendekatan meletakkan calon tempatan mengurangkan masalah sabotaj dalam kalangan ahli parti, namun BN Selangor hanya mencadangkan tetapi keputusan akhir di tangan Presiden parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.