Pengerusi DAP Perak diumum calon Parlimen Teluk intan

Harian Metro - - Setempat -

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming diumum sebagai calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Presiden Pakatan Harapan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam program ceramah pakatan pembangkang, malam kelmarin.

Kor Ming dijangka berhadapan dengan Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong yang sebelum ini beberapa kali menyatakan hasrat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 31 Mei 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.