Napsiah selamat dikebumi

Harian Metro - - Setempat -

Jenazah veteran UMNO Tan Sri Napsiah Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam

Kampung Jawa Kuala Pilah, jam 12.30 tengah hari semalam.

Jenazahnya sebelum itu dibawa ke Surau Tuanku Muhriz Kampung Jawa jam 10.10 pagi untuk disembahyangkan kira-kira 300 jemaah sebelum diiringi ke tanah perkuburan untuk penghormatan terakhir.

Antara yang hadir ialah Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hasan dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat barah hati di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor jam 6.10 petang kelmarin.

Allahyarham adalah mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial pada 1990 yang aktif dalam dunia politik sejak 1972.

Beliau meninggalkan empat anak dan seorang cucu pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen

Kuala Pilah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah.

HADIRIN membacakan doa selepas jenazah dikebumikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.