RAP

Harian Metro - - Rap - RIADZ RADZI 1-300-22-6787 SAMB: 8545 Michelle Gun michellegun@hmetro.com.my 03-20567083/7084

Nama As’ad Motawh kian menjadi sebutan peminat khususnya remaja. Single sulungnya berjudul Senyum yang dimuat naik di YouTube pada Ogos tahun lalu meraih lebih 14 juta tontonan.

Sejak itu, remaja berusia 17 tahun ini menerima pelbagai undangan menjayakan persembahan dan menghadiri beberapa acara hiburan.

Berikutan jadual seninya yang padat, anak ketiga daripada empat beradik ini mengambil keputusan belajar di rumah.

Selepas beberapa bulan meninggalkan sekolah, As’ad kian selesa dengan kaedah pembelajaran sedemikian kerana dapat fokus sepenuhnya terhadap setiap subjek.

Malah, penyanyi ini juga menarik nafas lega kerana tidak lagi menjadi mangsa buli di sekolah.

“Saya tidak rindukan suasana sekolah kerana sering dibuli.

“Ada saja mengenai saya yang mengundang rasa kurang senang pembuli. Saya tidak pasti kenapa mereka bersikap sedemikian,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad, Kuala

Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.