Air bersih

Harian Metro - - Nuansa - Nor ‘Asyikin Mat Hayin Asyikin.mat@hmetro.com.my

Sukar dibayangkan keperitan hidup dilalui penduduk Islam di Wilayah Tbung Khnom dan Cham, Kemboja yang dihimpit kemiskinan.

Tinggal di rumah kecil serba daif bersama anak yang ramai dan kediaman itu sekadar tempat mereka berteduh.

Walaupun tanpa sebarang kelengkapan sempurna termasuk bekalan elektrik dan sumber air bersih, rumah itu umpama ‘syurga’ buat mereka.

Apa yang dilalui penduduk terbabit ketika ini digambarkan sama seperti kehidupan di negara ini sekitar 1950-an.

Betapa cekalnya mereka sejak sekian lama hanya bergantung kepada sumber air daripada tadahan hujan dan air tasik yang ditumbuhi banyak pokok teratai demi meneruskan kelangsungan hidup.

Walaupun terpaksa ‘bergelut’ dengan risiko kualiti dan tahap kebersihan air berkenaan, mereka tiada pilihan dan tetap menggunakannya dalam urusan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.