Menu unik masyarakat Orang Asli

Harian Metro - - Nuansa -

Beras dibungkus dengan daun lar kemudian dimasukkan ke dalam buluh jenis ekor burung bersama sedikit air sebelum dibakar selama satu jam.

Antara kelebihan buluh berkenaan ialah sifat semula jadinya yang mengandungi banyak air menjadikan nasi itu masak dengan sempurna seperti dimasak menggunakan periuk.

Dikenali sebagai nasi pendoh, ia biasanya dimakan bersama ikan daun yang dipanggang di atas api tanpa campuran garam atau bahan lain.

Dua menu berkenaan adalah makanan tradisional masyarakat Orang Asli dan demonstrasi memasak makanan itu ditunjukkan dalam program Semarak Muzium@MASKOA 2018 di Muzium Negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.