Sabun atasi masalah jerawat, jeragat

Harian Metro - - Hati -

Kulit wajah cerah, halus dan anjal menjadi idaman setiap individu terutama apabila usia semakin meningkat serta mula mengalami pelbagai masalah pada kulit wajah.

Lambakan produk kecantikan di pasaran kadang kala menambahkan lagi kebingungan terutama dalam membuat keputusan produk mana yang selamat dan sesuai digunakan.

Bagi membantu wanita juga lelaki memiliki kulit wajah sihat dengan cara selamat, Gergeous Global Beauty baru-baru ini, menghasilkan Sabun 96K Gold by Gojessgold Beauty bagi memberikan 1,001 khasiat pada kulit.

Menurut pengasasnya Nurul Iman Fatihah

Abdul Razak, selain mencerah, menganjal dan menghaluskan, sabun itu juga berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat, jeragat dan parut serta memberi tona sekata pada kulit.

“Sabun ini juga membantu mengurangkan bintik hitam dan putih, menghilangkan daki serta kotoran berminyak juga sesuai digunakan wanita dan lelaki yang berusia 12 tahun ke atas.

“Perubahan dan perbezaan positif dapat dirasai dalam tempoh 12 minggu sekiranya menggunakannya secara konsisten dan ia dijual pada harga RM45,” katanya.

Nurul Iman Fatihah berkata, penggunaan sabun itu amat mudah di mana pengguna hanya perlu mencuci wajah menggunakan sabun ini dengan sekata sebelum dibilas dengan air bersih.

NURUL Iman Fatihah (enam dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Sabun 96K Gold by Gojessgold Beauty, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.