Artis tersingkir kerana sikap sendiri

Harian Metro - - Rap -

Rupa paras pelakon ini memang elok. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Bagaimanapun, lakonannya tidaklah terlalu hebat kerana ada kalanya keras macam kayu.

Paling menyedihkan adalah sikapnya yang khabarnya tidak berdisiplin. Disebabkan sikap itulah, dia disingkirkan daripada sebuah syarikat pengurusan artis.

Waktu SS dengar perkhabaran ini, tidaklah terlalu terkejut memandangkan sudah tahu banyak cerita kurang enak mengenai artis ini yang juga model.

Apa yang membuatkan SS hairan, kenapa ada artis muda sekarang tidak menghargai peluang yang diberikan?

Berapa ramai artis ingin duduk di bawah pengurusan yang bagus tapi tak ada peluang.

Artis ini dapat peluang bernaung di bawah pengurusan yang bagus tetapi mensia-siakannya. Inilah jadinya apabila suka sangat ikut kepala sendiri. Siapa yang rugi?

SS: Susah juga bila rasa diri terlalu bagus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.