Nak bersalam tapi tangan tak disambut

Harian Metro - - Rap -

Artis lelaki ini memang dikenali dengan sikap sombongnya. Kalau terjumpa di tempat awam, susah benar untuk nampak dia tersenyum mesra.

Baru-baru ini, rakan SS ada cerita kurang enak mengenai artis ini. Rakan SS terserempak dengannya pada satu acara yang turut dihadiri beberapa artis lain.

Seperti biasa, rakan SS menyapanya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun, dia tidak menyambut tangan rakan

SS.

Nak kata dia buta, matanya masih okey dan tempat itu pun terang benderang umpama pesta.

Mungkin kerana sikapnya itu, tidak hairanlah kenapa namanya makin ‘sendu’ dan tidak lagi beraksi di kaca TV selain sekadar menjadi pelakon untuk video muzik murahan.

Tak rugi pun kalau kita berbahasa dengan orang. Orang akan hormat kita kalau pandai hormat orang.

SS: Budi bahasa budaya kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.