Anzalna

Harian Metro - - Rap -

meskipun ada yang salah anggap, dia tidak kecil hati sebaliknya bersyukur kerana ramai ternanti-nanti dia melahirkan zuriat.

“Syukur, ramai mendoakan saya cepat hamil dan bergelar ibu. Tiada istilah kecil hati atau marah apabila ada yang sebar cerita kononnya saya hamil.

“Mohon teruskan berdoa supaya impian saya berbadan dua tahun ini tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna memberitahu dia kini mempunyai hobi baru iaitu menanam bunga di halaman rumahnya.

“Saya kini suka membeli dan menanam pokok bunga. Saya suka pokok mawar tetapi ia tak bertahan lama kerana faktor cuaca.

“Setakat ini saya tanam bunga di balkoni, tepi kolam renang dan tempat beristirahat di luar rumah.

“Alhamdulillah, suami suka dengan hobi baru saya ini. Lagipun, hati jadi lebih tenang setiap kali melihat bunga mekar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.