TPM luang masa dua jam

Harian Metro - - Setempat -

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa hampir dua jam melawat pameran Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) dan pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini, semalam.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meluangkan masa melawat ruang pameran peralatan ketenteraan dan beramah mesra dengan peserta.

Beliau turut merasmikan kenderaan rasmi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) selain menyempurnakan pelancaran Sistem Semakan Lesen Agensi Persendirian dan Tapisan Keselamatan Pengawal Keselamatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.