Peranti optik lihat objek lebih jelas

Harian Metro - - Setempat -

Peranti optik untuk operasi pada waktu malam seperti yang digunakan dalam filem aksi Predator antara produk ketenteraan dipamerkan pada Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018.

Selain paparan imej yang lebih sempurna,

dan dipamerkan juga tampil dengan rekaan lebih kompak dan moden.

Pengurus Jualan Optix, Peter Bosnev berkata, kedua-dua peranti optik itu amat penting dalam melancarkan operasi pada waktu malam dan masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Beliau berkata,

adalah peranti optik berkemampuan tinggi yang boleh mengesan pergerakan manusia dan kenderaan.

“Teknologi kami gunakan pada ini menjadikan objek dilihat menjadi lebih jelas dan tepat, jarak operasinya mencapai sehingga dua kilometer.

“Manakala NVG kami hasilkan pula berbeza dengan produk lain kerana teknologi penjanaan tiub empat kali ganda akan menghasilkan imej objek lebih jelas,” katanya ketika ditemui di tapak pameran DSA di sini, semalam.

BOSNEV memakai produk yang dihasilkan Optix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.