Orang ramai dinasihat elak denda cukai 100%

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan orang awam supaya membayar dan melaporkan cukai pendapatan dengan betul bagi mengelak mereka dikenakan penalti sehingga 100 peratus.

Ia susulan kenaikan kadar penalti sebanyak dua kali ganda bermula Januari tahun ini, berbanding 45 peratus yang dikenakan sebelumnya, ke atas mereka yang gagal membayar cukai atau menghantar laporan cukai yang tidak tepat.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata penalti berkenaan bukanlah satu tindakan drastik kerana LHDN sudah memberi peringatan kepada pesalah berulang ini dan memberikan mereka tempoh dua tahun untuk menyelesaikan tunggakan.

“Kami komited untuk memulihkan tunggakan cukai pendapatan daripada individu dan badan korporat, aliran dana haram dan rasuah,” katanya pada perasmian Persidangan Cukai Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA) di sini, semalam.

SABIN (tiga dari kiri) pada perasmian Persidangan Cukai Malaysia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.