Sedia bantu Roshida

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Penderitaan dan kepayahan wanita orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal, Roshida Mansor, 51, dihalau pemilik rumah sewa mendapat perhatian Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS), Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim.

Pengawal keselamatan, Khairul Nizam Ismail, 43, yang menumpangkan Roshida dan dua anak angkatnya di kediamannya di Taman Dato Harun, di sini, berkata, Abdul Mutalif berjanji untuk menyediakan kediaman sesuai dengan keperluan wanita itu termasuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) kos rendah.

Menurutnya, selain itu Abdul Mutalif turut berjanji memberikan bantuan bulanan RM300 bagi membantu meringankan beban Roshida yang kini tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nasib wanita OKU itu dan dua anak angkatnya turut mendapat perhatian netizen yang mula tampil menghulurkan bantuan selepas kisah mereka disiarkan Harian Metro.

“Saya hanya tumpangkan wanita itu dan dua anak angkatnya. Kalau ada yang mahu beri bantuan dalam bentuk lain saya akan rujuk terus kepada Roshida.

“Risau kalau timbul isu, jadi lebih baik saya serahkan kepada Roshida untuk buat keputusan. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah hubungi saya untuk bertanyakan mengenai Roshida,” katanya.

LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.