Tawar Internet murah

Harian Metro - - Setempat - Irwan Shafrizan Ismail news@nstp.com.my

 Pakej iFiber penuhi keperluan penggunaan laju, harga rendah

Galakan terus diberikan kerajaan supaya lebih banyak persaingan syarikat tempatan dalam penyediaan Internet berkelajuan tinggi di negara ini bagi membolehkan penawaran kemudahan itu pada harga murah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, dalam pasaran terbuka, persaingan adalah asas bagi menyediakan perkhidmatan pada harga mampu milik, sekali gus memenuhi hasrat rakyat yang inginkan pakej Internet lebih murah dan berkelajuan tinggi.

“Rangkaian Internet terbuka iFiber adalah satu inisiatif pasaran terbuka yang membawa daya saing yang sihat. Ini diharapkan boleh membawa kepada penurunan harga dan menghasilkan pelan langganan Internet yang memenuhi kehendak rakyat.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana pihak terutama penyedia Internet untuk menawarkan perkhidmatan mereka kerana usaha untuk membuka pasaran yang membolehkan persaingan sihat berlaku amat dialu-alukan,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Live Demo iFiber Gigacity Cyberjaya - Rangkaian Gigabit Fiber Internet Terbuka Malaysia di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.