Lancar portal pendidikan memasak

Harian Metro - - Setempat -

Putrajaya: Buat julung kali, Nestle Malaysia Berhad (Nestle) menerusi segmen perniagaan makanan segera, Maggi melancarkan portal pendidikan memasak dan nutrisi bagi menyemai tabiat pemakanan dan memasak yang baik dalam kalangan pelajar.

Pengurus Pemasaran Maggi, Liew Pooi Wan berkata, portal Memupuk Masa Depan Lebih Sihat itu antara inisiatif digital syarikat dalam meningkatkan lagi kesedaran terhadap tabiat pemakanan yang sihat terutama dalam kalangan pelajar.

“Melalui portal ini, pelajar boleh mengakses modul pendidikan mengenai pemakanan, cara memasak yang sihat, resipi untuk sajian makanan lazat dan seimbang serta pelbagai tip berguna.

“Malah, portal ini menandakan tahun pertama Maggi menggunakan platform digital untuk Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) ke-22,” katanya selepas Majlis Pelancaran MSSCC 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1), semalam.

PESERTA pertandingan bersama Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Rozainum Ahmad di SMK Putrajaya Presint 5 (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.