Perlindungan insurans untuk pelanggan setia GCH

Harian Metro - - Bisnes -

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH), pengendali pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengumumkan kerjasama strategik dengan Shieldcard Holdings Sdn Bhd (Shieldcard) and AIG Insurance Malaysia Berhad (AIG) untuk memperluaskan manfaat Kemalangan Peribadi (PA) eksklusif untuk pelanggan setia GCH.

Ia menyaksikan GCH meluaskan kerjasama dengan Shieldcard iaitu pemilik dan operator kepada program AXXESS yang memberikan perlindungan mudah kepada pelanggan ketika membeli-belah di cawangan GCH.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Pierre-Olivier Deplanck berkata, syarikat meningkatkan program AXXESS khusus untuk pelanggan GCH yang menawarkan manfaat perlindungan sehingga RM40,000.

“Asas pelanggan GCH terdiri daripada ahli keluarga dan oleh sebab itu, kami mahu menyokong pelanggan dan keluarga mereka serta memastikan mereka dilindungi secukupnya untuk keadaan yang tidak dijangka,” katanya dalam kenyataannya, semalam.

Beliau berkata, manfaat perlindungan itu adalah di seluruh dunia dan ia menyediakan perlindungan 24/7 untuk kemasukan ke hospital dengan pendapatan harian RM50 sehari sehingga 30 hari bagi setiap kemalangan yang diinsuranskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.